Friday 20 July 2012

Kisah Lirik Lagu TANYA SAMA ITU HUD-HUD.



Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan
Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh
Ooh… Sang Algojo
Ooh… nanti dulu
Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih

Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini
Ooh… Sang Algojo
Ooh… nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai
“Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari”
Rasulullah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhkan di kemudian hari nanti akan berpecah-pecah umatku sebagaimana berpecahnya kaum Yahudi dan Nesrani dalam ugama mereka. Berpecah umatku menjadi 73 firqah (atau golongan atau mazhab), 72 golongan atau firqah atau mazhab masuk Neraka dan satu (sahaja) masuk Syurga.’
Maka bertanya para sahabat: ‘Siapa golongan yang satu itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Iaitu yang mengikut jalanku (yakni, sunnah beliau atau as-Sunnah) dan jalan sahabat-sahabatku yang benar lagipun diberi petunjuk oleh Allah (a.w).’
(Hadith sahih riwayat at-Termidzi dll)
Kisah Burung.
Mantiq Al-Tayr (Musyawarah Burung) merupakan karya yang paling fenomenal dari Fariduddin Attar. Kitab itu berisi pengalaman spiritual yang pernah dilaluinya untuk mencari makna dan hakikat hidup. Attar menuangkan pengalamannya itu melalui sebuah cerita perjalanan sekawanan burung agar lebih mudah dimengerti.
Dengan gaya bertutur, kitab itu mengisahkan perjalanan sekawanan burung untuk mencari raja burung yang disebut sebagai Simurgh (Muraq) di puncak Gunung Kaf yang agung. Sebelum menempuh perjalanan berkumpulah segala burung di dunia untuk bermusyawarah. Tujuan mereka hanya satu yakni mencari raja. Dalam perjalanan itu, para burung yang dipimpin oleh Hud-hud.
Untuk sampai ke hadrat Si Muraq, mereka harus tempuhi tujuh lembah yang penuh halangan.
Lembah pertama adalah lembah keinginan. Di sini semua burung diminta bertaubat dan meninggalkan kehendak duniawi.
Lembah kedua adalah lembah kerinduan di mana semua burung perlu menyelami lautan api agar tubuh mereka terbakar.
Lembah seterusnya adalah lembah makrifat, di sini semua burung harus memilih jalan sendiri lantaran “terlalu banyak jalan menuju yang satu, dan setiap satu disediakan bagi jiwa yang sesuai dengannya.”
Di lembah kepuasan, semua tuntutan, semua nafsu duniawi harus ditanggalkan dari hati.
Di lembah kesatuan, yang banyak menjadi satu.
Sebaik saja sampai ke lembah yang keenam, lembah kekaguman, burung-burung itu, yang sangat keletihan dan kebingungan, menembusi hijab berpasang-pasangan, dan mendapati jiwa mereka kosong. Hinggakan mereka menangisi, “aku tidak mampu berfikir lagi lantaran ghaibnya segala ilmu dari diriku.” “Aku curiga atas curiga ku ini, namun rasa curiga itu sendiri pun aku tak pasti, aku mendambakan, tapi siapakah yang sebenarnya aku dambakan?
Akhirnya di hujung perjalanan, di lembah kefakiran dan fana, di mana segala sifat keakuan ditanggalkan dari diri mereka, mereka dipakaikan dengan jubah ketidaksedaran, menyebabkan mereka hanya meneguk ruh kewujudan.
Bila mereka berjaya mengharungi kesemua tujuh lembah, bila mereka berjaya meruntuhkan gunung keakuan, dan menanggalkan kecintaan terhadap segala ilmu, barulah mereka dibenarkan meneruskan perjalanan bertemu raja Si Muraq.
Dari beribu-ribu ekor burung yang memulakan perjalanan, hanya tiga puluh saja yang berjaya mengharungi segala payah jerih. Dengan kepenatan yang tak terhingga, dengan perasaan kehinaan yang tak terkata, mereka dibawa berjumpa dengan raja segala burung. tapi apa yang mereka dapati bukan raja segala burung, tapi bahkan refleksi diri mereka sendiri dalam cermin diri.
Si Muraq, ataupun sirmurgh, adalah perkataan parsi yang bermaksud tiga puluh ekor burung. Maka di sini, di penghujung jalan, burung-burung itu berhadapan dengan realiti, berhadapan dengan refleksi diri, walaupun mereka telah mengharungi perjalanan yang panjang dan segala payah jerih, yakni, yang sebenarnya mereka cari adalah ‘diri mereka sendiri‘ dan ‘diri sebenar diri‘.
Wahai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! “Kembalilah kepada Tuhanmu dengankeadaan engkau redha dan diredhai (di sisi Tuhanmu)!
(Surah Al-Fajr ayat 27-28)
*“Lang mensilang, Kui mengsikui” bermaksud Orang tak macam orang, hantu tak macam hantu.

Sunday 8 July 2012

Salam Perkenalan

Assalamualaikum,

Apa khabar dan selamat datang ke setulang daing. Blog ini hanyalah tempat utk saya meluahkan pandangan saya terhadap isu semasa yang penuh dgn warna yg dicipta oleh manusia dikalangan kita, di negara kita yg tercinta ini . Mcm mcm pekara yg kita lalui sebagai umat manusia yg dilahirkan sementara ini , pelbagai ragam dan karenah dunia yg dapat kita perhatikan setiap hari . Apa yg berlaku disekeliling kita adala dugaan dan cabaran yg patut kita sahut apabila dilahirkan kedunia pinjaman ini dan semoga kita akan tergolong didalam golongan golongan yg dirahmati ALLAH sbw insyallah...

Baiklah ...kenapa Solok setulang daing ? he heh e tu la nama kampung saya di Melaka terletak di kg Bukit Rambai ... kenapa nama kg tu mcm tu ? Saya belum dapat data dia lagi , insyallah saya akan kongsikan jika dapat maklumat nanti ..

Melaka ... errr penuh dgn sejarah kesultanan melayu yg hebat , penuh buku buku sejarah tentang kehebatan empayar melaka suatu ketika dulu , tapi sekarang ini Melaka tiada bersultan , bergabenorkan orang pahang pulak ... ntah kenapa saya pun tak tau .. mana dia lari ekkk ... he he he

Apa apa pun Melaka telah mendapat kemajuan yg sangat ketara berbanding negeri negeri lain diMalaysia ini . Kira hebat la tu , Tetapi kadang kadang kemajuan akan memberi kesan negatif kpd masyarakat sama ada kita suka atau tidak. There is positive and Negative about it . Adakah rakyat menerima kemajuan ini dgn baik ? digunakan dgn baik ? Siapa yg merasakan kemajuan ini? Bagaimana pembangunan ihsaniah didalam ISLAM diterapkan ? ada pelbagai isu .. Ini lah yg harus dibayar oleh kemajuan pembangunan fizikal yg banyak menyumbang kpd pembangunan ekonomi dan taraf hidup semasa .

Kita tidak nafikan yg pembangunan ini adalah suatu pencapaian yg membanggakan ( walaupun banyak pembangunan ini dipelopori oleh orang tertentu ) Tetapi pada waktu yang sama ISLAM nampak mcm dipinggirkan .. Melaka merupakan tempat dimana islam berkembang suatu masa dahulu ... Sayang jika lagenda ini tidak diteruskan oleh sesiapa yg memerintah ..

La banyak lak cakap melalut lalut dah aku ni .. he he he

Nanti kita sambung balik la ..

chowwwwwwwwww