Thursday 28 February 2013

Politik dan Masaalah orang Melayu

Assalamualaikum ..

Secara tiba tiba hari ini saya terpanggil utk menjengah blog yg saya buat tetapi berhenti di tgh jalan , Blog ini tiada tujuan , tiada arah dan hanya kerana kenakalan jari jari ini menerjah dunia tanpa sempadan sekarang ini . Dan disitu timbul keinginan untuk berkongsi pendapat tentang perjalanan semasa orang orang kita dan perjalanan politik , bangsa dan Agama kita iaitu Islam.

Tetapi semangat saya ternyata luntur apabila mula merajinkan diri utk bersama sama berperang di alam CYBER WAR yg diwujudkan oleh pelbagai pihak . Segala tuduhan , cacian , makian , menghina agama menjadi permainan peperang politik di negara kita . Kita ditelanjangi informasi yg begitu bahaya utk tatapan anak anak kita .

Melihat kepada kekalutan ini mungkin telah mempengaruhi saya utk banyak duduk di kerusi pembangkang dan terturus kepada perjuangan PAS yg bagi saya lebih relevan utk diperjuangkan . Tetapi setelah berfikir sejenak , saya cuba utk berimaginasi bagaimana sepatutnya sebuah Negara Islam harus beroperasi . Dan didalam imaginasi ini saya mula melihat sumbangan UMNO dan Barisan Nasional didalam pembangunan Masyarakat kita , negara kita , taraf hidup kita , mentaliti kita , pencapaian Negara kita yg majoritinya adalah dari yang beragama Islam , Pemerintah yg beragama Islam , Banyaknya rumah rumah Allah dibina , kemudahan yg begitu baik kepada rakyat jelata tidak boleh kita nafikan .

Mungkin saya bercakap dalam bentuk yg cukup general tetapi kita harus setuju bahawa UMNO dan Barisan Nasional ada banyak menyumbang kepada pembangunan mentaliti orang orang melayu secara umumnya . Tenaga tenaga pakar yg begitu ramai dikalangan orang Melayu , Doktor , Peguam , Arkitek , Jurutera , Bankers , juruterbang dan pelbagai profession ini menjadi milik orang Melayu dan Islam . Bandingkan 20 tahun lepas, adakah profession ini majoritinya milik orang kita ?

But by saying that to me ... errr dah cakap omputih lak . Kita break kojap la .. lotih lak den mengarang pakai bahaso baku ni .. Den dulu bukannya penulis , mintak maap jiko ado bahaso yg tak berapo elok ... he he hehe bosan la kalau terlalu serius didalam penulisan iyo tak .... Jadi sambungan pas ni pakcik guno bahaso biaso yo lah yo ...

Ok selepas kono neskepe tarik .. pas tu pasang dunhill sebatang ( merokok membahayokan kesihatan) kito sambung berburak . Tetapi bagi saya UMNO terlupas satu pekara penting didalam mengejar kemajuan utk semua iaitu menjadikan ISLAM sebagai rujukan utk mentadbir negara didalam beberapa perkara.

Kegagalan UMNO dan Barisan Nasional ialah kegagalan mereka utk mengimarahkan Masjid Masjid yg begitu banyak dibina di Negara Kita ... Jawatan IMAM masjid sekadar pelengkap utk sembahyang berjemaah sahaja , Waktu yg ramai orang kemasjid cuma waktu sembahyang Jumaat dan Sembahyang Raya ... Yg lain lain kalau dapek 2 saf pun dah kiro ajaib la tu ...

Kat sini Masjid Masjid kelolaan PAS nampak lebih meriah , Tarikan orang ramai utk kekuliah Ustaz Azhar Idrus harus menjadi suatu fenomena yg dikaji oleh pemerintah . Saya melihat kebanyakan soalan soalan yg ditanya kepada ustaz Azhar Idrus adalah pekara basic atau asas didalam ISLAM . Tiada yg luar biasanya tentang jawapan jawapan dari Ustaz Azhar Idrus . Saya cuma merasa risau tentang berapa ramainya orang Islam yg begitu dahagakan ilmu ilmu basic didalam islam ini . Cth nya , hukum orang tidak menutup aurat ? pekara pekara membatalkan air sembahyang , hukum minum arak dan banyak lagi . Dan ini menunjukan sistem pembelajaran ISLAM harus ada evolusinya , Harus ada perbincangan yg serius utk pembangunan ISLAM ini .

Kita harus risau tentang aspek pembangunan ISLAM ini atau pelajaran agama islam ini yg menjadi salah satu silibus didalam sistem pendidikan agama . Sepatutnya Mata Pelajaran ini menjadi syarat wajib lulus peperiksaan didalam PMR ataupun SPM mahupun didalam sistem baru pendidikan Negara selepas ini . Kenapa perlu kelas kelas agama seperti KAFA menjadi secondary silibus didalam sistem pendidikan negara . Kita harus memikirkan bagaimana mata pelajaran Agama ini dapat membentuk Muslim yg baik , Muslim yg berjaya maka akan lahir lah masyarakat ISLAM yg Berjaya .

Mata Pelajaran ISLAM ini juga perlu isi isi baru yang akan menitik beratkan tentang pembangunan moral dan pembentukan peribadi yg tinggi seperti junjungan besar Rasullullah S.A.W .

Jika ini dipraktikkan maka akan lahirlah masyarakat yg pembersih , penyayang , penyabar , berhati mulia , jujur , amanah dan ini akan menjadi Asas pembentukan negara ISLAM yang berjaya . Selepas wujudnya masyarakat ini insyallah rasuah , maksiat, kronisme , nepotisme dan segala macam masaalah akan hilang di negara kita walau siapa pun yg memerintah Negara .

Pekara asas didalam ISLAM pun tidak menjadi budaya orang Melayu dan Islam di Malaysia ketika ini , cthnya aspek kebersihan dikalangan orang Melayu adalah jauh dari baik . Cuba lihat sekitar tempat tinggal kita , sampah dibuang merata rata , laman rumah tidak terjaga dgn rapi , malah penjagaan diri pun banyak yg tidak ambil berat . Kita harus ingat jika kita mengambil wudhu 5 kali sehari faktor kebersihan sudah 70 peratus kita sudahi , malangnya pekara wajib ini telah dipandang dgn pelbagai andaian , Malah ada pula yg menyusahkan syarat syarat sah wudhu ini dgn pelbagai macam cara ..Kalau kita nak bercerita tentang ini mungkin panjang berjela penulisan hamba ..aduh hai ....

Jadi nak dipendekkan cerita peperangan politik diantara umat islam dan Melayu ini merupakan kerugian kepada pembangunan ISLAM itu sendiri , ketepikan sejarah sejarah silam yg menghantui pegangan politik masing masing , jika ada kesilapan dari orang terhadap kita , siapalah kita utk menjatuhkan hukuman kepada mereka ini sedangkan kita ini hanya ibarat sebutir pasir dikaki kuda sahabat Rasulullah SAW .

Saranan saya kepada PAS , UMNO , KEADILAN , DAP , MIC , MCA ..duduklah semeja , berbincang lah dgn fikiran yg terbuka , lupakan kisah kisah lalu , atasi masaalah masaalah yg sudah tercipta bukannya menunding jari sesama kita insyallah .

Bagi saya impian saya tetap utk menjadikan ISLAM ini dipandang MULIA dimata semua Manusia , kita harus menjadi role model kepada agama agama lain bukannya dipandang sebagao terrorist atau pelampau agama dan didlam DUNIA ISLAM SELURUH DUNIA . Kita telah menjadi perhatian mereka , cuma ianya belum begitu sempurna maka dengan itu utk kita mengalami DAULAH ISLAMIAH pekara pertama yg perlu kita lakukan ialah penyatuan ummah di MALAYSIA ini .

Insyallah dan Salam kepada semua ...

No comments:

Post a Comment